Thursday, October 16, 2008

Frenclub Corporate Open House 2008

Yea tarikhnya hari ini , kalau mengikut title,mmgla umah terbuka tapi boss aku telah memilih utk menutupkan pintunya untuk sebahagian staff didalam ofis.Sebenarnya hampir majoriti takdapat dan takboleh pergi..bukan diaorang taknak pergi,boss yang tak kasi...ehehe..

Bagi yg takdapt pergi tu, aku tau ada yang terasa,kenapa berbagi2 pulak?kata open house! betul..yang tu aku setujula,tapi bagiku yang terlibat secara langsung dalam process last minute utk invitation tu, aku pun tau kenapa boss buat mcm tu. satunya majlis tu lebih pada meraikan clientle kitaorang yang berbangsa melayu,disebabkan aku merangkap Account Servicing & Partnership kat sini,makanya akulah kan kena berada disana.Walaupun sebenarnya hari ini aku dah kena balik demam selsema.

Sebab yang lagi satu, budget tight skit tahun ni,kena lak program kat Indo baru jer lancar tahun ni,banyakla pakai duit kan,dan tahun ni gak,budget hamper raya meningkat naik.Company aku ni bg hamper bukan takat boss2 jer..abis staff2 bawah yang menbantu kitaorang pun dia bagi. Jadinya client aku mmg hepila sgt tahun ni,mcm tahun2 lepas gakla.cuma tinggal lagi kitaorang staff jer takpernah dapat hamper.eheheh..yerla..tapi dia bagi arr gak bonus raya...adala..bolehlah riangkan hati aku ni...

Bertepatan dgn lunch time ,walaupun lepas pukul 2pm, aku akan bergerak ke saloon. Aku malas nak dandan rambut aku ptg ni,jadinya aku berkira2 nak trim ajer rambut ni.karang pergi umah amelia ( kawan aku dari ofis lg satu ) tinggal aku nak salin baju dgn make up skit2 jer nanti.

Malam ni adi dari 6th sense nyanyi kat majlis tu. Nasibla ada kawan dari media,leh jugak dapat artis last minute camni. sebetulnya baru arini dapat confirm sape artisnya. Aku ingatla,kalau tak sebab member2 yg merangkap client mau aku pening nak settle sumernya.

Harapan aku malam ni semuanya berjalan dgn lancar.Jadinya aku tinggalkan dulu setakat ini,kerana time lunch aku dah dikira dari sekarang.ciow..

Kenapa aku berblog?

Sebenarnya dah banyak kali blog ni aku tukar gantikan( maksud aku content dia la ), mula2 asalnya nakla kan citer kisah sendiri aja,tapi bila duk pikir2,takkan aku nak citer pastu nak menyorok diri belakang pintu,yeala..punya banyak kisah hidup aku nak singkap,malu tu.Tak hari ni,esok lusa mesti terjermah juga wajah sebenarku ini..ehehe..

Jadinya kali ini aku berazam akan terus update blog ni selagi aku berdaya,chewahh..aku kadang2 terpikir gak kenapa orang berblog,selama ni,aku mmg rajin menjengah blog orang,asal maner je aku tersinggah,lepas tu aku bacala blog tu, taklama lepas tu jadilah aku follower yang agak setia...tapi aku mengikut ler,tiap2 hari..sampaila arini.ehehe...

Dari blogger ni,aku belajar ttg sesuatu,ini merupakan cara paling selamat utk kongsi perasaan kita. Tak kirala apa perasaan ko time tu bengang ke,hepi ke,frust ke,ko boleh luahkan semuanya,takder sape nak judge ttg perasaan kita time tu, yang paling penting..ko takyah dengar orang bg nasihat sambil menbebel bingit kat tinge ko. Jadinya, aku telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan aku kat sini,kerana ianya akan mengurangkan perasaan2 yang aku ada selama ini.

Ini satu lagi informasi yang aku tidak apsti kesahihannya, Lepas kawan aku bgtau,salah satu faktor yang myebabkan ramai wanita kena cancer ialah sebab stress,aku telah memulakan langkah berjaga2 dgn tidak menbiarkan perasaan stress tu menganggu hidup aku.Walau sebenarnya,mana aku nak lari,dgn beban kerja yang banyak ni..tak boleh tidak mmg aku stress jugak.Sebab aku sayangkan sgt diri aku ( lebihnya pasal aku taknak menanggung sakit kemudian hari ) jadinya aku mesti berusaha mencari penyelesaian atas masalah2 yang aku hadapi ini..ehehe..poyo..poyo..mmg aku serious..nanti kemudian aku akan narrow down antara langkah yang aku telah dan akan ambil sebagai menunjukkan tahap serious ku ini..

In My Loving Memory


"I love thee with the breath, smiles, tears, of all my life....


Walau bertahun masa berlalu..sehingga kini rindu itu tetap hidup. Sehingga detik ini, segala2nya tetap segar di ingatan. Jika masa mampu kuulangi kembali,aku ingin menyimpan segala2nya ttg dia ,moga bila tiba detik seperti hari ini, aku tidak perlu terus menangisi dan merindui kehilangannya.

Nyatanya Tuhan itu Maha adil, di ambilnya dirinya saat kaki baru melangkah ke alam remaja, memelihara cinta dgn tulus tanpa sebarang luka dan duka yang harus kukenang. Meski jauh masa meninggalkan kenangan, aku masih merinduinya..serasa seakan hanya semalam senyuman terakhirnya terukir buatku..

Doaku Tuhan akan senantiasa memelihara dirimu disana, melimpahi rahmat dan kasih-Nya...sehingga takdir menemukan kita semula..

-Ellynne-
KL Plaza
1994

Wednesday, October 15, 2008

Ku Mohon By Sheila Majid




Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

(korus)Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatikuMelalui semua itu...
Ooh...KuatkanlahCekalkanlah diriku

(ulang korus)Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku