Thursday, May 14, 2009

Ceritanya ..chronicle Cerai orang muda. Pt 1

Malam tadi masa aku duk terpusing2 atas tilam ( sambil tunggu anime aku download ) aku tetiba terpikir pasal satu perkara ni.Tentang kisah pompuan dan lelaki.Aku pun tak tahu nape? nak kata aku baru lepas baca buku motivasi tak juga,nak kata aku duk baca kisah2 deraan dalam majalah2 wanita kat msia ni pun tak juga ( walau aku antara yg suka gakla ambik tahu hal2 ni..eheh).Tapi yang pasti mmg aku rasa sebagaimana wanita lain,dgn status aku sekarang,aku boleh la kot kongsi skit2 dengan sape yang berminat nak tahu.Yang tak berminat,tapi takde benda nak baca leh gak baca..kot2 suatu hari nanti leh applikasikan dalam hidup semasa..ehehe..

Kalau ditgk kebelakangan ni,kisah orang cerai berai mmg luar biasa kadarnya.Anehnya,benda ni banyak berlaku pada rata2 pasangan muda je.La..mmgla orang tua pun ada,tapi takla mcm orang muda kita,paling dahsyat,kahwin baru baper hari dah cerai.Kisah celcbriti ni aku rasa ramai yg tahu.Bukan aku nak citer pasal diaorang,tapi inilah keadaan yg berlaku sekarang.Usahkan celebriti,yang tak celebriti mcm aku pun melambak.

Pada pengalaman aku, ada banyak sebab benda2 ni berlaku, yg satu kurang pengetahuan agama,itu hal yg paling utama.Apapun kalau ilmu agama kurang,mmg ke lombongla jawapnya.Tapi kali ni aku nak sentuh skit pasal sikap dan sifat pasangan tu sendiri.Sebelum apa2 aku nak bgtau,ini pendapat dan pandangan aku.jadi ikut akula kan..ehehe

Settledown

Bila dah amik keputusan nak kahwin,ramai orang fikir,folan ni dah nak settledown.mungkin tuan punya badan pun fikir mcm tu.Tapi hakikatnya ramai yg masih meneruskan aktiviti zaman remaja diaorang walau dah berkahwin.Cuba tgk keliling korang,bape ramai kawan2 kita masih tak sedar diri yang diaorang tu dah kahwin?Bukanlah aku cakap tak boleh beraktiviti langsung tapi kalau dah kawin masih giler clubbing apa kisahnya bang,kalau takat futsal ke,badminton ke,bini tahanla gak,tapi kalau dah sampai clubbing,memancing tak ingat dunia,merempit tak ingat rumah,sapepun tak tahan.Itu fiil orang lelaki,yang perempuan pun sama naik,dapat laki baik diala pulak merasa dia mcm anak dara,balik ikut suka,keluar pun ikut rembat je.Kena pulak kalau yg pompuan ni budak muda.lagila pusing nak mendidiknya dan abang2 oi, jangan pelik ada jugak sebenarnya pompuan ni berkahwin sebenarnya nak lepas dari kawalan makpak je.Tu yang sanggup kawin je,asal leh bebas dari kawalan.Tu yg jadi lepas kawin,wallawei..dunia ni ana yang punya.

Nak percaya atau tak, Selalu jadik mcmni sebab keadaan mentaliti pasangan yg tak seimbang.sorang mungkin betul2 settledown,sorang lagik giler joli( mungkin masa diajak kawin,kawan2 ramai dh kawin).Paling tak,kahwin sebab makpak dah bising kawan lelama,atau gf nakblah kalau taknak kawin.Sebab kalau dua2 sekepala,keadaan tu mungkin agak baikla utk sementara waktu,yerla leh clubbing sesama,rempit sesama.tapi kesudahannya mmg ttp tak elok.salah sorang mesti terbabas masuk longkang.( ni biasanya sebab skandal belakangla ni).Ada banyak sebab isu cerai ni terjadi..eheheh..mengikut kajian dan pengalaman akula..antaranya

Appearance

kisah ni mana2 ustaz pun selalu cakap.Cuba korang ingatkan balik,masa kursus kahwin ada tak ustaz emphasis bab ni.Suh yang isteri kekal lawa,suami kekalkan ensem.Sebab esok2 kalau laki balik bini rupe mcm langsuir pakai bedak sejuk dgn berkemban sah2 mamat tu lari.Dan yg lekai lak kalau sehari suntuk bolen dgn kain pelikat kat ruang tamu,bini pun loya nak dekat.Tuh belum lagi bab bau badan semerbak abang bangla lagi.ehehe..Tapikan bila aku kalau dudukla sembang dgn orglelaki ni, ramai yg impikan si isteri kekal ayu mcm sebelum kawin walau hakikatnya dia pun dah tak sesmart mana pun.Tapi yerla dah mmgla fitrah kan,sape taknak pasangan kita cun sepanjang zaman kan,kalau boleh tu,biarlah dia 17 seumur hidup,itu fikiran kitala..maksud aku sesetengah org lelaki ni,Tapi cuba korang fikir,bini korang yang merangkap awek suatu masa dulu,ada ke dia terus2 jadi mcm sekarang ni?ada ke korang tanya dia kenapa dia boleh jadik mcm ni ( maksud aku,penampilan diala )?pernah ke korang tegur dia,atau tidak2 korang bebel2 kat dia tiap2 hari suh dia buat sesuatu dgn badan & keadaan dia sekarang?Paling tidak,ada tak korang bgtau kat dia,Yang,lepas kita kawin u tlglah maintain mcm skrg ni yea?aku ;eh jaminla,mesti tak punyaitula sebabnya.Cuba korang bayangkanlah, kalau korang bgtau dia awal2,maunya dia akan biarkan keadaan tu terjadi.Korang tau tak kenapa?Sebab Masa dia hanya pegang title awek,korang sanggup blapar asal dia kenyang,sanggup tak beli baju asal dia shopping sakan,pendek kata dia ek je,korang dah tau apa yg perlu buat.Paling tidak duit diaorang korang galakkan dia, sukala dia nak buat apa.beli baju ke,make up ke,yang penting korang nak tgk dia selalu cun aje.Dan cuba ko bandingkan keadaan lepas kawin.amacam?

Samala dgn yg pompuan,masa lom kawin sanggupla ketepikan duit nak belikan baju,kasut,seluar utk boyfren,asal dia sentiasa ensem,sebab kita pompuan cukup bangga kalau kawan2 puji betapa pandainya kita jaga boyfren agak sentiasa segak dan smart.Diri kita sendiri,sanggup tak makan,tghari jeruk,malam tak makan,punyala struggle nak maintain cun,pendek kata berjuang habis-habisanla nak kekal cun.maklumlah takut bf lari.Ada lagi extreme..jamu pun balun utk kekal cun.walhal dah terang2 makcik jamu tu bgtau,ni utk orang dah kahwin dik.takk..dia makan gak,asal selalu kelihatan ganteng.itu kisah sebelum kahwin.

Dah kahwin,banyak benar benda dah berubah,duit bini jadi duit dia,ada pulak harap bini je beli lauk,beli perabot,nak lagi ektreme semuala bini yang bayar.dianya pulak? kena yg mulia bagi bini 50 selang dua hari,ada pulak tu 10 sehari,duit lauk katanya,RM10?apala bini tu nak beli.tapi aku salute la orang pompuan bab ni mmg terror.kalau itu yg laki dia kasi,dia relak je ambik,jarang nak merungut ( dalam ati lainla ) tak cukup dia tambah berpuluh2 ringgit seterusnya.Orng lelaki,Yang dia sendiri komitmentnya bayar moto sude..( kalau ada moto je..kalau ada keta?) tu yg ada kes bini lepas kawin nak hulur mak pak pun sedih.ada yg takbg langsung pun ada.sebab itula kenapa dan mengapa...bini yg dulu makan jeruk, slim giler lepas kawin semua menbelon,apapun balun,yg tak abis,sayang nak buang dia ratah sampai abis.badan naik buat selamba je.budget utk make up,jamu,baju kasut,semua buat bayar tambahan kos sara diri.Pada dia taknak susahkan suami..kesian.

Sudahnya pejam celik,pejam celik dah montel comel jadinya.kena plak laki pedajal asyik cakap,takper ayang montel pun abang sayang.kembang hidung.walhal dia tak tahu,dalam hati mamat tu,Ya Allah,kenapala bini aku jadi sebegini rupa.ehehe..ni aku cakap tak tipu sebab inila suara hati kawan2 lelaki aku yg dah kawin.

selalunya kalau aku dgr mcmni aku tempelakan aje,sebab mmg diaorang pun setuju..kalaulah

  • Aku tak kelepet duit bini aku utk tlg sara diri kitaorang tentu dia boleh beli baju,make up,kasut dan jamu mcm masa anak dara dulu.Tentu dia takpayah memontelkan diri dia.
  • Aku keje kuat2 dan pastikan semuanya cukup tentu bini aku tak payah pening kepala kalau duit takcukup dan dia kena masak kat umah dan abiskan saki baki makanan yg ada.
  • Aku terus terang je dgn bini aku,cakap aku suka kalau dia sentiasa cantik mcm masa lom kawin dan aku akan sanggup blapar dgn dia asal dia kekal cantik.
  • Aku awal2 sebelum kawin warning dia aku tak suka perempuan serebeh selepas kawin tentu bini aku tak mcmni.
  • Aku tak kawin dgn dia ni...Lu pikirla sendiri ( wat kata nabil..
Yang pompuan pun sama,kalaulah..

  • Masa sebelum kawin aku warning laki aku,aku mmg high maintance tentu dia akan keje kuat2 utk pastikan dia mampu sara aku.
  • Aku keras hati,beli aje barang2 keperluan aku dulu sebelum tlg dia,kalau rm10 dia bg,beli je sekadarnya.tentu aku takkan jadi mcmni.
  • Aku dgn dia dah awal2 buat janji takkan menjadikan aku superwoman ( keje,memnbasuh,memasak,mengemas,beranak,asuh anak,layan tetamu,jg famili2,)tentu aku ada masa nak cantik.


Pendek kata soal ni sama2 kena back to basic.Cubala korang kaji balik zaman2 korang bercinta,bila kawin ni kita lagi nak jaga bini dan suami sebab dah tentu dia dah jadi milik kita,kalau cantik pun kita yg tgk,kalau lawa pun kita yg pegang,pendkata nak pening pasal mamat atau minah lain rembat mmg almost zero la.sesekali bawala orang umah keluar mcm masa bujang dulu.amik masa,pegi bercuti berdua( dah halal kan ).mana yg blum ada anak pi la melancong sesama.sesekali buatla suprise buat breakfast ke utk bini.beli hadiah,walau kecil2an.tak salah hargai pasangan.Kalau nak dia cantik dan ensem,sama2 usaha,talk from heart to heart.jgn simpan.sebab dia tak tahu.walau kadang2 akan berlaku sedikit pertengkaran,jangan susah hati,sebab pertengkaran ni adakalanya merapatkan jurang antara kita.Sebab jangan esok bila bini lari sebab tak tahan susah..laki lari dgn pompuan lain sebab serabuttgk keadaan bini depan mata..baru sama2 nak mengaduh..fikir2kanlah..nanti kita citer lagi

Aku,Meeting dan......

Makanya selesainya fasa pertama tugas aku,meeting2 dah pun selesai.Syukurlah.berhari2 tak tido nak update company profile akhirnya selesai gak.walaupun yg berhempas pulas partner aku,tapi aku yg tak cukup tido,mcmana tu?ehehe..pokoknya bukan aku taknak tolong,tapi aku rasa cam nak muntah tiap kali nak siapkan paperwork,sebab tu la kitaorang dah mmg ada agreement awal2 betapa aku sangat tak sukakan paperwork,jadinya tugas2 khas ni,mmg dialah yg buat dan aku hanya meng'execute'kan saja.memangla nampak mcm best je part aku,tapi sebenarnya akula yang paling pecah kepala,kerana...akula kan kena pastikan semuanya berjalan sebagaimana janji2 yg partner aku berikan utk menyedapkan proposal dia.Sebab aku cukup benci kalau orang bg janji2 'pelesu'.pada aku apapun tugas ianya satu amanah yg harus diselesaikan,tak kirala kita bekerja ataupun buat bisnes senirik.

Secara keseluruhannya,meeting tu berjalan dgn jayanya.Walaupun salah satu client tu target segment dia sah2 dia cakap dgn jelas direction dia focus pada chinese youth dulu.Nasib aku teramatlah baik,sebab partner aku ni,sememangnya cina (walaupun dia sendiri setuju,dia tk berapa nak cina ),Jadinya agak mudahla jugak laluan tu.Bukan kata diaorang racist,walau aku sendiri mula2 tertanya gak kenapa dia tak ikut market yg ada,Bumi market sebenarnya pembeli yang utama.Jawapan dia mudah,sebab dia nak focus dan biarkan big boys aja yg berperang sesama diaorang.aku setujula gak dgn idea dia.aku takla racist sebab potential tu mmg jelas.tapi elok juga,sebab diaorang awal2 dah bgtau.memudahkan keje kitaorang.

Balik aku call for the meeting.Team yg ada awal2 dah pecahkan mengikut segment.jadinya mudah keje nanti.partner aku agak hepi jugalah dgn meeting arini.aku?lagila.kalau semuanya berjalan lancar dapatla aku focus pada benda2 yang aku suka sahaja.contohnya cosmetic industry.ehehhee...

Tahun ni walau ekonomi gawat( dan aku rasa gak kesannya) aku bersyukurlah concept yg kitaorang jual hari ni betul2 dihargai oleh banyak client yg kitaorang jumpa.sebabnya..teramatla menjimatkan.sekurang2nya takla makan ratus2 ribu dalam masa sehari.ehehehe..

Aku bersyukur sampai hari ni,walau banyak hal berlaku ( cthnya,client aku yg tak bayar payment aku lagi..) Tuhan senantiasa permudahkan laluan aku.sekurang2nya sampai ke waktu ni.Dan aku tetap berharap Tuhan akan senantiasa memelihara aku sebagaimana waktu2 sebelumnya.Amin

Tuesday, May 12, 2009

Aku,client dan payment...

Hari ni mcm hari2 sebelumnya,aku duk mengira hari bila lah client aku nak bayar payment yang dah sangkut dekat 1 1/2 bulan tu.Dengan takda payment tu bersamaanla aku pun takde bergaji lagi,lebih haru budak2 aku pun sama2 sangkut.Tapi aku syukur sangat2,sebab aku dianugerahkan pekerja yang mmgnya dedikasi,bukan pada keje tapi pada aku.Walau diaorang tahu company yg aku buka ni hidup dalam nyawa2 ikan tapi dia orang tetap setia dan tabah dengan keadaan yg aku ( merangkap diaorang jugakla) kena lalui ni.

Menyesal?kalau tanya soalan ni aku tak mmg akan jawap tak.sebabnya,aku rasa dah mcm berpuluh2 tahun ( poyo je..puloh2 ) aku keje dengan orang.Dah bpuluh2 kali gak aku nengok boss2 aku tuko keta,dengar2 pi holiday dan mcm2 lagik.kitaorang yang keje ni,gitu jugakla gayanya.Bonus?akhir tahun je,tak buat untung.kadang2 aku fikir..asyik2 cakap takbuat untung,diaorang ni tak takut ke kalau betul2 rugi?aku rasa bukan takat aku je,semua orang penah lalu benda ni.dan mesti sume rasa benda yang sama.menyampah je nengok boss kaya yang asyik2 ngaku rugi.Tapi aku tak cakap semua boss la.ehehe..

Kali ni mmg aku rasa teruji betul la.3 bulan aku bertahan,kali ni aku baru faham bila orang cakap sakitnya tunggu payment client.kena plak kalau duit kita dah mmg labur tapi pulangan hanya debu2 je lalu depan mata.Sudahnya aku amik keputusan drastik,aku stopkan semua operation aku,alasan aku tepat dan padat,kalau diaorang tak bayar aku taknak teruskan..sebab aku mmg dah pokai.hahahaha..dan client aku dengan rendah hati terima je walau aku tahu ati dia sebak.dah tu takkan aku nak diam je..minyak keta,budak2 tu mmgla akula kan mcm biasa jadi tukang payung,gaji tak gaji..mmg aku jadi bank la plak,tapi mungkin sebab tu aku tak kaya2 dan budak tu taknak gak carik keje lain sebab keje dgn aku walau kadang2 semput tapi mkn,transport sume dah payung,dapat gaji ciput pun ketawa riang.sebab takda komitment.Yerla buat kata abah aku..jangan kedekut dgn budak2 keje,sebab Tuhan akan murahkan lagi rezeki kita.

bab ni aku setuju,sebab dalam lebam menunggu ni ada dua tiga projek aku kena pi meeting,satu mmg dah confirm sebab dia ex boss aku,yg lain kira2 mmg nak jadi rezekila kot.Budak2 ni diaorang duk sibuk dgn projek diaorang sendiri ( yg pasti aku jadila fundernya).sampai adik aku afe pun bgiat sama.aku harap diaorang ni tak hangat2 taik ayam sudah.tapi melihat perkembangan mmg berjuang habis2an.kita tgk ajerla.

Apapun,doakanlah aku berjaya dgn meeting esok dan lusa.Yang penting aku harap client aku bayarla payment aku esok.ehehehe...

Tuhan,terima kasih diatas ketabahan ini..

Ku toleh sejarah semalam..sedih,pilu nyatanya mengiringi sepanjang jalan kehidupan yang aku lalui.Jalan yg aku pilih..yang sebenarnya ramai yang mengatakan mudah untuk aku elakkan.mungkin benar,mungkin hanya aku tidak pernah mencuba utk mengelaknyaa,lalu di awal usia remaja aku sering berkata sendiri,jadilah aku..dan pasti kaukan tahu betapa sukarnya menelan kekurangan ini.Dan dari detik itu, disinilah aku meneruskan kembara yang kini aku amat2 pasti aku telah pun sampai ke penghujungnya.

Bukan sedikit ujian yg harus kuterima.Tika kuimbas kembali betapa aku berharap aku tidak silap memilih jalan dihadapan.Jika aku mengambil sedikit waktu utk mengimbangi keadaan mungkin aku tidak perlu melalui setiap getir hidup semalam.Pun begitu,sepanjang jalan kehidupan ni,aku amat bersyukur, kerna Tuhan,meminjamkan aku bukan sedikit ketabahan untuk melewati ranjau hidup ini,kerna jika bukan kerna kasihnya Tuhan..aku pasti aku sendiri tidak pasti dimana akan duduknya aku hari ini..

Sampai hari ini aku masih berjuang..menghampirkan diri pada yang Esa.bertatih mengenggam agamanya kejab dalam genggaman dan sehingga hari ini aku masih mengharapkan kasihmu Tuhan,agar terus mengasihani aku dan mengizinkan ketabahan itu terus menjadi miliku..insyaAllah

Monday, May 11, 2009

Anime - My Obsession

Lama..rasanya tersangat lama tak login,walau blog2 kesukaan akutak sekali pun aku tinggal.Bukan aku malas, salah sebabnya aku letih nak menunggu semuanya download,tau2 bila pakai broadband ni,ada je waktu2nya dia jadi sangat2la lembab.Kadang tu bila dah laju,aku sibukla pulak men'download dgn riangnya anime2 kesukaan aku.Bila di fikir2kan tahap aku mengadap anime ni bukan setakat buang masa yg ada ( kunun2nya itulah alasan2 terkemuka yang aku bg).Sekarang dah jadi satu kemestian.lebih parah dah jadi aku punya 'Obsession' plak.

Macamana aku terjebak? Itu adalah sesuatu yg mmg aku tak sangka.Dulu aku suka je baca komik2,aku taula plak kalau dragon ball tu boleh di anggap manga.itula kegilaan aku kira2 14 tahun lepas.beratus2 episod aku kena ikut.sampai abis kalau tak silap aku sampai 300 lebih episod.muntah darah jugakla.Akhir dia mmg buat aku rasa nak marah orang.Punya la lama,sampai bergenerasi gakla si Goku tu.hampes2.

Ni antara Anime yg aku suka sesangat..

1. Naruto - ni dah beratus episod dah aku ikut.sampai lost track.Youtube salah satu tempatnyala nak tengoknya sebab kalau takat nak tunggu dvd dia rasanya berzaman gak aku nak kena tunggu.letih.kalau tak sebab budak2 ( merangkap kawan2 adik aku afe ) bgtau kat situ leh tgk,sungguh aku tak tahu,tunggula aku dgn menderita episod akan datang.Tapinya la ni aku sendiri dah jammed,sebab youtube pun dah mcm lost track episodnya,aritu aku risik2 gak kat teamnaruto punya website tapinya,gitula keadaanya.dah takda duit la plak nak maintain.berat benor,nak download je 7 tahun kena tunggu.udahnya aku bosan,keputusannya aku tunggu ajerla dvd dia keluar lagi.
nape aku suka?sebab kisah naruto ni tak bebelit.senang.tapi aku kagum dgn semangat dia.aku ingat orang jepun mmg semangat dia mcm tu ek.penuh keazaman dan semangat persahabatan.Dan naruto walau kehidupan dia dari zaman kanak2 perit tapi dia mmg luarbiasa.kalau2 orang rasa rendah diri tu aku sarankan korang tgkla naruto ni,mesti buat korang bersemangat.Kalau tanya aku,aku suka watak Gaara,watak gelap dia buat aku rasa dia cool.dia jenis tak banyak hal tapi indeed dia sangat kejam.pendek kata aku sukala.ehehe..

Bleach - Macamana aku leh terjebak dgn bleach?aku ingat 2 tahun lepas amoi kedai cd kat wangsa maju tu beria2 promote bleach ni kat aku.Tapi masa tu aku mmg tgh gilakan naruto,jadinya walau mcmana dia cakap best aku main angguk2 je.Puasla dia kejab cakap english,kejab kantonis,kejab bahasa melayu nak emphasis kat aku pasal cite belach ni.sudahnya,haram aku amik kisah.
dalam 3-4 bulan lepas aku bosan menunggu naruto aku tgkla jugak bleach ni,amik kau,berhari2 aku tido 4-5 jam sehari duk bleach marathon.sampaila akhirnya aku berjaya sampai ke titik menunggu episod2 seterusnya dgn deritanya.sampai aku update blog ni,dah sampai ke episod 218 dah pun.dan aku masih menunggu.sama cam naruto,unsur2 dia sama gak,setiakawan.tapi video dia cepat skit dari biasa dan sementara menunggu adala filler2 yg aku anggap tak perlu pun.kalau tak silap pandang,dari komentar2 yg ada,filler tu utk slow downkan episod dia pasal anime ni lebih cepat dari manga.apapun aku tetap kena lalui detik2 derita menunggu tu.letih2..

The Law of Ueki - Aku suka anime ni.sebab citer dia pantas dan episod dia takdala meleret2.pendekata kejab je dah abis.kejab2 berhari2 gakla menengoknya.tak tido dibuatnya.Kisah perlantikan Tuhan ( senang orang jepun ni,Tuhan pun main lantik2 dan leh belasah2 je ) pada yg nak belajar2 tgk anime aku sarankan tgkla yang ni.kejab je dah abis,citer pun best.mana aku tau?adik aku afe yg sarankan,sudahnya dia bhenti tgh jalan dan aku jadik tukang citer kat dia.hampes2


Black Jack - Kisah Doctor kununya paling genius di dunia.tapi cekik darah.mula2 mmg rasa dia mcm teruk giler.tapi makin lama mula faham kenapa dia buat mcm tu.sampai la ni,aku masih mengadap video BJ ni.Semakin hari aku mcm sayang giler plak dgn watak dia.hahhaha..walau rupa dia tak sempurna tapi sikap dia buat dia mcm sempurna je.Yang pasti nila satu2nya watak anime yg takde lawan2.Ianya tentang kemanusiaan dan wang takde nilai apa2 jika dibandingkan nyawa kita.ermm..betui..betui..betuii

Thursday, October 16, 2008

Frenclub Corporate Open House 2008

Yea tarikhnya hari ini , kalau mengikut title,mmgla umah terbuka tapi boss aku telah memilih utk menutupkan pintunya untuk sebahagian staff didalam ofis.Sebenarnya hampir majoriti takdapat dan takboleh pergi..bukan diaorang taknak pergi,boss yang tak kasi...ehehe..

Bagi yg takdapt pergi tu, aku tau ada yang terasa,kenapa berbagi2 pulak?kata open house! betul..yang tu aku setujula,tapi bagiku yang terlibat secara langsung dalam process last minute utk invitation tu, aku pun tau kenapa boss buat mcm tu. satunya majlis tu lebih pada meraikan clientle kitaorang yang berbangsa melayu,disebabkan aku merangkap Account Servicing & Partnership kat sini,makanya akulah kan kena berada disana.Walaupun sebenarnya hari ini aku dah kena balik demam selsema.

Sebab yang lagi satu, budget tight skit tahun ni,kena lak program kat Indo baru jer lancar tahun ni,banyakla pakai duit kan,dan tahun ni gak,budget hamper raya meningkat naik.Company aku ni bg hamper bukan takat boss2 jer..abis staff2 bawah yang menbantu kitaorang pun dia bagi. Jadinya client aku mmg hepila sgt tahun ni,mcm tahun2 lepas gakla.cuma tinggal lagi kitaorang staff jer takpernah dapat hamper.eheheh..yerla..tapi dia bagi arr gak bonus raya...adala..bolehlah riangkan hati aku ni...

Bertepatan dgn lunch time ,walaupun lepas pukul 2pm, aku akan bergerak ke saloon. Aku malas nak dandan rambut aku ptg ni,jadinya aku berkira2 nak trim ajer rambut ni.karang pergi umah amelia ( kawan aku dari ofis lg satu ) tinggal aku nak salin baju dgn make up skit2 jer nanti.

Malam ni adi dari 6th sense nyanyi kat majlis tu. Nasibla ada kawan dari media,leh jugak dapat artis last minute camni. sebetulnya baru arini dapat confirm sape artisnya. Aku ingatla,kalau tak sebab member2 yg merangkap client mau aku pening nak settle sumernya.

Harapan aku malam ni semuanya berjalan dgn lancar.Jadinya aku tinggalkan dulu setakat ini,kerana time lunch aku dah dikira dari sekarang.ciow..

Kenapa aku berblog?

Sebenarnya dah banyak kali blog ni aku tukar gantikan( maksud aku content dia la ), mula2 asalnya nakla kan citer kisah sendiri aja,tapi bila duk pikir2,takkan aku nak citer pastu nak menyorok diri belakang pintu,yeala..punya banyak kisah hidup aku nak singkap,malu tu.Tak hari ni,esok lusa mesti terjermah juga wajah sebenarku ini..ehehe..

Jadinya kali ini aku berazam akan terus update blog ni selagi aku berdaya,chewahh..aku kadang2 terpikir gak kenapa orang berblog,selama ni,aku mmg rajin menjengah blog orang,asal maner je aku tersinggah,lepas tu aku bacala blog tu, taklama lepas tu jadilah aku follower yang agak setia...tapi aku mengikut ler,tiap2 hari..sampaila arini.ehehe...

Dari blogger ni,aku belajar ttg sesuatu,ini merupakan cara paling selamat utk kongsi perasaan kita. Tak kirala apa perasaan ko time tu bengang ke,hepi ke,frust ke,ko boleh luahkan semuanya,takder sape nak judge ttg perasaan kita time tu, yang paling penting..ko takyah dengar orang bg nasihat sambil menbebel bingit kat tinge ko. Jadinya, aku telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan aku kat sini,kerana ianya akan mengurangkan perasaan2 yang aku ada selama ini.

Ini satu lagi informasi yang aku tidak apsti kesahihannya, Lepas kawan aku bgtau,salah satu faktor yang myebabkan ramai wanita kena cancer ialah sebab stress,aku telah memulakan langkah berjaga2 dgn tidak menbiarkan perasaan stress tu menganggu hidup aku.Walau sebenarnya,mana aku nak lari,dgn beban kerja yang banyak ni..tak boleh tidak mmg aku stress jugak.Sebab aku sayangkan sgt diri aku ( lebihnya pasal aku taknak menanggung sakit kemudian hari ) jadinya aku mesti berusaha mencari penyelesaian atas masalah2 yang aku hadapi ini..ehehe..poyo..poyo..mmg aku serious..nanti kemudian aku akan narrow down antara langkah yang aku telah dan akan ambil sebagai menunjukkan tahap serious ku ini..