Thursday, October 16, 2008

Kenapa aku berblog?

Sebenarnya dah banyak kali blog ni aku tukar gantikan( maksud aku content dia la ), mula2 asalnya nakla kan citer kisah sendiri aja,tapi bila duk pikir2,takkan aku nak citer pastu nak menyorok diri belakang pintu,yeala..punya banyak kisah hidup aku nak singkap,malu tu.Tak hari ni,esok lusa mesti terjermah juga wajah sebenarku ini..ehehe..

Jadinya kali ini aku berazam akan terus update blog ni selagi aku berdaya,chewahh..aku kadang2 terpikir gak kenapa orang berblog,selama ni,aku mmg rajin menjengah blog orang,asal maner je aku tersinggah,lepas tu aku bacala blog tu, taklama lepas tu jadilah aku follower yang agak setia...tapi aku mengikut ler,tiap2 hari..sampaila arini.ehehe...

Dari blogger ni,aku belajar ttg sesuatu,ini merupakan cara paling selamat utk kongsi perasaan kita. Tak kirala apa perasaan ko time tu bengang ke,hepi ke,frust ke,ko boleh luahkan semuanya,takder sape nak judge ttg perasaan kita time tu, yang paling penting..ko takyah dengar orang bg nasihat sambil menbebel bingit kat tinge ko. Jadinya, aku telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan aku kat sini,kerana ianya akan mengurangkan perasaan2 yang aku ada selama ini.

Ini satu lagi informasi yang aku tidak apsti kesahihannya, Lepas kawan aku bgtau,salah satu faktor yang myebabkan ramai wanita kena cancer ialah sebab stress,aku telah memulakan langkah berjaga2 dgn tidak menbiarkan perasaan stress tu menganggu hidup aku.Walau sebenarnya,mana aku nak lari,dgn beban kerja yang banyak ni..tak boleh tidak mmg aku stress jugak.Sebab aku sayangkan sgt diri aku ( lebihnya pasal aku taknak menanggung sakit kemudian hari ) jadinya aku mesti berusaha mencari penyelesaian atas masalah2 yang aku hadapi ini..ehehe..poyo..poyo..mmg aku serious..nanti kemudian aku akan narrow down antara langkah yang aku telah dan akan ambil sebagai menunjukkan tahap serious ku ini..

No comments: