Thursday, May 14, 2009

Aku,Meeting dan......

Makanya selesainya fasa pertama tugas aku,meeting2 dah pun selesai.Syukurlah.berhari2 tak tido nak update company profile akhirnya selesai gak.walaupun yg berhempas pulas partner aku,tapi aku yg tak cukup tido,mcmana tu?ehehe..pokoknya bukan aku taknak tolong,tapi aku rasa cam nak muntah tiap kali nak siapkan paperwork,sebab tu la kitaorang dah mmg ada agreement awal2 betapa aku sangat tak sukakan paperwork,jadinya tugas2 khas ni,mmg dialah yg buat dan aku hanya meng'execute'kan saja.memangla nampak mcm best je part aku,tapi sebenarnya akula yang paling pecah kepala,kerana...akula kan kena pastikan semuanya berjalan sebagaimana janji2 yg partner aku berikan utk menyedapkan proposal dia.Sebab aku cukup benci kalau orang bg janji2 'pelesu'.pada aku apapun tugas ianya satu amanah yg harus diselesaikan,tak kirala kita bekerja ataupun buat bisnes senirik.

Secara keseluruhannya,meeting tu berjalan dgn jayanya.Walaupun salah satu client tu target segment dia sah2 dia cakap dgn jelas direction dia focus pada chinese youth dulu.Nasib aku teramatlah baik,sebab partner aku ni,sememangnya cina (walaupun dia sendiri setuju,dia tk berapa nak cina ),Jadinya agak mudahla jugak laluan tu.Bukan kata diaorang racist,walau aku sendiri mula2 tertanya gak kenapa dia tak ikut market yg ada,Bumi market sebenarnya pembeli yang utama.Jawapan dia mudah,sebab dia nak focus dan biarkan big boys aja yg berperang sesama diaorang.aku setujula gak dgn idea dia.aku takla racist sebab potential tu mmg jelas.tapi elok juga,sebab diaorang awal2 dah bgtau.memudahkan keje kitaorang.

Balik aku call for the meeting.Team yg ada awal2 dah pecahkan mengikut segment.jadinya mudah keje nanti.partner aku agak hepi jugalah dgn meeting arini.aku?lagila.kalau semuanya berjalan lancar dapatla aku focus pada benda2 yang aku suka sahaja.contohnya cosmetic industry.ehehhee...

Tahun ni walau ekonomi gawat( dan aku rasa gak kesannya) aku bersyukurlah concept yg kitaorang jual hari ni betul2 dihargai oleh banyak client yg kitaorang jumpa.sebabnya..teramatla menjimatkan.sekurang2nya takla makan ratus2 ribu dalam masa sehari.ehehehe..

Aku bersyukur sampai hari ni,walau banyak hal berlaku ( cthnya,client aku yg tak bayar payment aku lagi..) Tuhan senantiasa permudahkan laluan aku.sekurang2nya sampai ke waktu ni.Dan aku tetap berharap Tuhan akan senantiasa memelihara aku sebagaimana waktu2 sebelumnya.Amin

No comments: