Thursday, May 14, 2009

Ceritanya ..chronicle Cerai orang muda. Pt 1

Malam tadi masa aku duk terpusing2 atas tilam ( sambil tunggu anime aku download ) aku tetiba terpikir pasal satu perkara ni.Tentang kisah pompuan dan lelaki.Aku pun tak tahu nape? nak kata aku baru lepas baca buku motivasi tak juga,nak kata aku duk baca kisah2 deraan dalam majalah2 wanita kat msia ni pun tak juga ( walau aku antara yg suka gakla ambik tahu hal2 ni..eheh).Tapi yang pasti mmg aku rasa sebagaimana wanita lain,dgn status aku sekarang,aku boleh la kot kongsi skit2 dengan sape yang berminat nak tahu.Yang tak berminat,tapi takde benda nak baca leh gak baca..kot2 suatu hari nanti leh applikasikan dalam hidup semasa..ehehe..

Kalau ditgk kebelakangan ni,kisah orang cerai berai mmg luar biasa kadarnya.Anehnya,benda ni banyak berlaku pada rata2 pasangan muda je.La..mmgla orang tua pun ada,tapi takla mcm orang muda kita,paling dahsyat,kahwin baru baper hari dah cerai.Kisah celcbriti ni aku rasa ramai yg tahu.Bukan aku nak citer pasal diaorang,tapi inilah keadaan yg berlaku sekarang.Usahkan celebriti,yang tak celebriti mcm aku pun melambak.

Pada pengalaman aku, ada banyak sebab benda2 ni berlaku, yg satu kurang pengetahuan agama,itu hal yg paling utama.Apapun kalau ilmu agama kurang,mmg ke lombongla jawapnya.Tapi kali ni aku nak sentuh skit pasal sikap dan sifat pasangan tu sendiri.Sebelum apa2 aku nak bgtau,ini pendapat dan pandangan aku.jadi ikut akula kan..ehehe

Settledown

Bila dah amik keputusan nak kahwin,ramai orang fikir,folan ni dah nak settledown.mungkin tuan punya badan pun fikir mcm tu.Tapi hakikatnya ramai yg masih meneruskan aktiviti zaman remaja diaorang walau dah berkahwin.Cuba tgk keliling korang,bape ramai kawan2 kita masih tak sedar diri yang diaorang tu dah kahwin?Bukanlah aku cakap tak boleh beraktiviti langsung tapi kalau dah kawin masih giler clubbing apa kisahnya bang,kalau takat futsal ke,badminton ke,bini tahanla gak,tapi kalau dah sampai clubbing,memancing tak ingat dunia,merempit tak ingat rumah,sapepun tak tahan.Itu fiil orang lelaki,yang perempuan pun sama naik,dapat laki baik diala pulak merasa dia mcm anak dara,balik ikut suka,keluar pun ikut rembat je.Kena pulak kalau yg pompuan ni budak muda.lagila pusing nak mendidiknya dan abang2 oi, jangan pelik ada jugak sebenarnya pompuan ni berkahwin sebenarnya nak lepas dari kawalan makpak je.Tu yang sanggup kawin je,asal leh bebas dari kawalan.Tu yg jadi lepas kawin,wallawei..dunia ni ana yang punya.

Nak percaya atau tak, Selalu jadik mcmni sebab keadaan mentaliti pasangan yg tak seimbang.sorang mungkin betul2 settledown,sorang lagik giler joli( mungkin masa diajak kawin,kawan2 ramai dh kawin).Paling tak,kahwin sebab makpak dah bising kawan lelama,atau gf nakblah kalau taknak kawin.Sebab kalau dua2 sekepala,keadaan tu mungkin agak baikla utk sementara waktu,yerla leh clubbing sesama,rempit sesama.tapi kesudahannya mmg ttp tak elok.salah sorang mesti terbabas masuk longkang.( ni biasanya sebab skandal belakangla ni).Ada banyak sebab isu cerai ni terjadi..eheheh..mengikut kajian dan pengalaman akula..antaranya

Appearance

kisah ni mana2 ustaz pun selalu cakap.Cuba korang ingatkan balik,masa kursus kahwin ada tak ustaz emphasis bab ni.Suh yang isteri kekal lawa,suami kekalkan ensem.Sebab esok2 kalau laki balik bini rupe mcm langsuir pakai bedak sejuk dgn berkemban sah2 mamat tu lari.Dan yg lekai lak kalau sehari suntuk bolen dgn kain pelikat kat ruang tamu,bini pun loya nak dekat.Tuh belum lagi bab bau badan semerbak abang bangla lagi.ehehe..Tapikan bila aku kalau dudukla sembang dgn orglelaki ni, ramai yg impikan si isteri kekal ayu mcm sebelum kawin walau hakikatnya dia pun dah tak sesmart mana pun.Tapi yerla dah mmgla fitrah kan,sape taknak pasangan kita cun sepanjang zaman kan,kalau boleh tu,biarlah dia 17 seumur hidup,itu fikiran kitala..maksud aku sesetengah org lelaki ni,Tapi cuba korang fikir,bini korang yang merangkap awek suatu masa dulu,ada ke dia terus2 jadi mcm sekarang ni?ada ke korang tanya dia kenapa dia boleh jadik mcm ni ( maksud aku,penampilan diala )?pernah ke korang tegur dia,atau tidak2 korang bebel2 kat dia tiap2 hari suh dia buat sesuatu dgn badan & keadaan dia sekarang?Paling tidak,ada tak korang bgtau kat dia,Yang,lepas kita kawin u tlglah maintain mcm skrg ni yea?aku ;eh jaminla,mesti tak punyaitula sebabnya.Cuba korang bayangkanlah, kalau korang bgtau dia awal2,maunya dia akan biarkan keadaan tu terjadi.Korang tau tak kenapa?Sebab Masa dia hanya pegang title awek,korang sanggup blapar asal dia kenyang,sanggup tak beli baju asal dia shopping sakan,pendek kata dia ek je,korang dah tau apa yg perlu buat.Paling tidak duit diaorang korang galakkan dia, sukala dia nak buat apa.beli baju ke,make up ke,yang penting korang nak tgk dia selalu cun aje.Dan cuba ko bandingkan keadaan lepas kawin.amacam?

Samala dgn yg pompuan,masa lom kawin sanggupla ketepikan duit nak belikan baju,kasut,seluar utk boyfren,asal dia sentiasa ensem,sebab kita pompuan cukup bangga kalau kawan2 puji betapa pandainya kita jaga boyfren agak sentiasa segak dan smart.Diri kita sendiri,sanggup tak makan,tghari jeruk,malam tak makan,punyala struggle nak maintain cun,pendek kata berjuang habis-habisanla nak kekal cun.maklumlah takut bf lari.Ada lagi extreme..jamu pun balun utk kekal cun.walhal dah terang2 makcik jamu tu bgtau,ni utk orang dah kahwin dik.takk..dia makan gak,asal selalu kelihatan ganteng.itu kisah sebelum kahwin.

Dah kahwin,banyak benar benda dah berubah,duit bini jadi duit dia,ada pulak harap bini je beli lauk,beli perabot,nak lagi ektreme semuala bini yang bayar.dianya pulak? kena yg mulia bagi bini 50 selang dua hari,ada pulak tu 10 sehari,duit lauk katanya,RM10?apala bini tu nak beli.tapi aku salute la orang pompuan bab ni mmg terror.kalau itu yg laki dia kasi,dia relak je ambik,jarang nak merungut ( dalam ati lainla ) tak cukup dia tambah berpuluh2 ringgit seterusnya.Orng lelaki,Yang dia sendiri komitmentnya bayar moto sude..( kalau ada moto je..kalau ada keta?) tu yg ada kes bini lepas kawin nak hulur mak pak pun sedih.ada yg takbg langsung pun ada.sebab itula kenapa dan mengapa...bini yg dulu makan jeruk, slim giler lepas kawin semua menbelon,apapun balun,yg tak abis,sayang nak buang dia ratah sampai abis.badan naik buat selamba je.budget utk make up,jamu,baju kasut,semua buat bayar tambahan kos sara diri.Pada dia taknak susahkan suami..kesian.

Sudahnya pejam celik,pejam celik dah montel comel jadinya.kena plak laki pedajal asyik cakap,takper ayang montel pun abang sayang.kembang hidung.walhal dia tak tahu,dalam hati mamat tu,Ya Allah,kenapala bini aku jadi sebegini rupa.ehehe..ni aku cakap tak tipu sebab inila suara hati kawan2 lelaki aku yg dah kawin.

selalunya kalau aku dgr mcmni aku tempelakan aje,sebab mmg diaorang pun setuju..kalaulah

  • Aku tak kelepet duit bini aku utk tlg sara diri kitaorang tentu dia boleh beli baju,make up,kasut dan jamu mcm masa anak dara dulu.Tentu dia takpayah memontelkan diri dia.
  • Aku keje kuat2 dan pastikan semuanya cukup tentu bini aku tak payah pening kepala kalau duit takcukup dan dia kena masak kat umah dan abiskan saki baki makanan yg ada.
  • Aku terus terang je dgn bini aku,cakap aku suka kalau dia sentiasa cantik mcm masa lom kawin dan aku akan sanggup blapar dgn dia asal dia kekal cantik.
  • Aku awal2 sebelum kawin warning dia aku tak suka perempuan serebeh selepas kawin tentu bini aku tak mcmni.
  • Aku tak kawin dgn dia ni...Lu pikirla sendiri ( wat kata nabil..
Yang pompuan pun sama,kalaulah..

  • Masa sebelum kawin aku warning laki aku,aku mmg high maintance tentu dia akan keje kuat2 utk pastikan dia mampu sara aku.
  • Aku keras hati,beli aje barang2 keperluan aku dulu sebelum tlg dia,kalau rm10 dia bg,beli je sekadarnya.tentu aku takkan jadi mcmni.
  • Aku dgn dia dah awal2 buat janji takkan menjadikan aku superwoman ( keje,memnbasuh,memasak,mengemas,beranak,asuh anak,layan tetamu,jg famili2,)tentu aku ada masa nak cantik.


Pendek kata soal ni sama2 kena back to basic.Cubala korang kaji balik zaman2 korang bercinta,bila kawin ni kita lagi nak jaga bini dan suami sebab dah tentu dia dah jadi milik kita,kalau cantik pun kita yg tgk,kalau lawa pun kita yg pegang,pendkata nak pening pasal mamat atau minah lain rembat mmg almost zero la.sesekali bawala orang umah keluar mcm masa bujang dulu.amik masa,pegi bercuti berdua( dah halal kan ).mana yg blum ada anak pi la melancong sesama.sesekali buatla suprise buat breakfast ke utk bini.beli hadiah,walau kecil2an.tak salah hargai pasangan.Kalau nak dia cantik dan ensem,sama2 usaha,talk from heart to heart.jgn simpan.sebab dia tak tahu.walau kadang2 akan berlaku sedikit pertengkaran,jangan susah hati,sebab pertengkaran ni adakalanya merapatkan jurang antara kita.Sebab jangan esok bila bini lari sebab tak tahan susah..laki lari dgn pompuan lain sebab serabuttgk keadaan bini depan mata..baru sama2 nak mengaduh..fikir2kanlah..nanti kita citer lagi

No comments: