Monday, May 11, 2009

Anime - My Obsession

Lama..rasanya tersangat lama tak login,walau blog2 kesukaan akutak sekali pun aku tinggal.Bukan aku malas, salah sebabnya aku letih nak menunggu semuanya download,tau2 bila pakai broadband ni,ada je waktu2nya dia jadi sangat2la lembab.Kadang tu bila dah laju,aku sibukla pulak men'download dgn riangnya anime2 kesukaan aku.Bila di fikir2kan tahap aku mengadap anime ni bukan setakat buang masa yg ada ( kunun2nya itulah alasan2 terkemuka yang aku bg).Sekarang dah jadi satu kemestian.lebih parah dah jadi aku punya 'Obsession' plak.

Macamana aku terjebak? Itu adalah sesuatu yg mmg aku tak sangka.Dulu aku suka je baca komik2,aku taula plak kalau dragon ball tu boleh di anggap manga.itula kegilaan aku kira2 14 tahun lepas.beratus2 episod aku kena ikut.sampai abis kalau tak silap aku sampai 300 lebih episod.muntah darah jugakla.Akhir dia mmg buat aku rasa nak marah orang.Punya la lama,sampai bergenerasi gakla si Goku tu.hampes2.

Ni antara Anime yg aku suka sesangat..

1. Naruto - ni dah beratus episod dah aku ikut.sampai lost track.Youtube salah satu tempatnyala nak tengoknya sebab kalau takat nak tunggu dvd dia rasanya berzaman gak aku nak kena tunggu.letih.kalau tak sebab budak2 ( merangkap kawan2 adik aku afe ) bgtau kat situ leh tgk,sungguh aku tak tahu,tunggula aku dgn menderita episod akan datang.Tapinya la ni aku sendiri dah jammed,sebab youtube pun dah mcm lost track episodnya,aritu aku risik2 gak kat teamnaruto punya website tapinya,gitula keadaanya.dah takda duit la plak nak maintain.berat benor,nak download je 7 tahun kena tunggu.udahnya aku bosan,keputusannya aku tunggu ajerla dvd dia keluar lagi.
nape aku suka?sebab kisah naruto ni tak bebelit.senang.tapi aku kagum dgn semangat dia.aku ingat orang jepun mmg semangat dia mcm tu ek.penuh keazaman dan semangat persahabatan.Dan naruto walau kehidupan dia dari zaman kanak2 perit tapi dia mmg luarbiasa.kalau2 orang rasa rendah diri tu aku sarankan korang tgkla naruto ni,mesti buat korang bersemangat.Kalau tanya aku,aku suka watak Gaara,watak gelap dia buat aku rasa dia cool.dia jenis tak banyak hal tapi indeed dia sangat kejam.pendek kata aku sukala.ehehe..

Bleach - Macamana aku leh terjebak dgn bleach?aku ingat 2 tahun lepas amoi kedai cd kat wangsa maju tu beria2 promote bleach ni kat aku.Tapi masa tu aku mmg tgh gilakan naruto,jadinya walau mcmana dia cakap best aku main angguk2 je.Puasla dia kejab cakap english,kejab kantonis,kejab bahasa melayu nak emphasis kat aku pasal cite belach ni.sudahnya,haram aku amik kisah.
dalam 3-4 bulan lepas aku bosan menunggu naruto aku tgkla jugak bleach ni,amik kau,berhari2 aku tido 4-5 jam sehari duk bleach marathon.sampaila akhirnya aku berjaya sampai ke titik menunggu episod2 seterusnya dgn deritanya.sampai aku update blog ni,dah sampai ke episod 218 dah pun.dan aku masih menunggu.sama cam naruto,unsur2 dia sama gak,setiakawan.tapi video dia cepat skit dari biasa dan sementara menunggu adala filler2 yg aku anggap tak perlu pun.kalau tak silap pandang,dari komentar2 yg ada,filler tu utk slow downkan episod dia pasal anime ni lebih cepat dari manga.apapun aku tetap kena lalui detik2 derita menunggu tu.letih2..

The Law of Ueki - Aku suka anime ni.sebab citer dia pantas dan episod dia takdala meleret2.pendekata kejab je dah abis.kejab2 berhari2 gakla menengoknya.tak tido dibuatnya.Kisah perlantikan Tuhan ( senang orang jepun ni,Tuhan pun main lantik2 dan leh belasah2 je ) pada yg nak belajar2 tgk anime aku sarankan tgkla yang ni.kejab je dah abis,citer pun best.mana aku tau?adik aku afe yg sarankan,sudahnya dia bhenti tgh jalan dan aku jadik tukang citer kat dia.hampes2


Black Jack - Kisah Doctor kununya paling genius di dunia.tapi cekik darah.mula2 mmg rasa dia mcm teruk giler.tapi makin lama mula faham kenapa dia buat mcm tu.sampai la ni,aku masih mengadap video BJ ni.Semakin hari aku mcm sayang giler plak dgn watak dia.hahhaha..walau rupa dia tak sempurna tapi sikap dia buat dia mcm sempurna je.Yang pasti nila satu2nya watak anime yg takde lawan2.Ianya tentang kemanusiaan dan wang takde nilai apa2 jika dibandingkan nyawa kita.ermm..betui..betui..betuii

No comments: